Sunday, July 05, 2020

My world tumbled and crashed when my husband took a second wife.


I am writing this article to express my hurt, anger and frustration at people who are so insensitive to my feelings. I went through hell when my husband took a second wife way back in 1985. He was at the peak of his career and I was also at the top of my career.

I cannot accept it although our religion allows a man to take more than one wife. Of course I am aware that a man can marry one, two, three or four.
The Quran says. But the Quran stated clearly that a man can only marry more than one, if he can treat all his wife equally in all aspects. If not he should only marry one. There are also many exceptions to the rule when a man is allowed to take another wife. It is not like picking up a doll and play with it.

 It involves feelings, emotions and changes in status quo. I was so happy when my husband came to my office, to announce that he is being seconded to ITM as its Director. I was so excited and so happy for him.

Since  our younger days, both of us were actively involved in education.

Friday, July 03, 2020

sekolah melayu Langgar.

Sekolah melayu Langgar

 

Setelah Jepun dikalahkan dan British kembali memerintah, aku pon mula bersekolah. Aku mula bersekolah di Sekolah Melayu Langgar pada tahun 1948-1952 dari darjah satu sehingga darjah empat sebelum melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class di Zainab English School, Merbau Kota Bahru.


Special Malay Class ini baru diperkenalkan, dimana murid-murid dari sekolah Melayu, diberi peluang melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah Inggeris. Aku merupakan salah seorang murid yang terpilih dari seramai 42 orang murid dari seluruh negeri Kelantan untuk mengikuti program ini.  3  daripada mereka adalah sepupuku sendiri. 


Guru besar sekolah Langgar pujuk ibu


Sebelum ini agaknya ibu kurang faham tentang alam persekolahan. Pada ketika itu,sebahagian daripada murid-murid perempuan tamat sekolah setakat darjah 6 sahaja. Selepas tamat darjah 6 mereka sudah layak menjadi guru sekolah rendah. 


Ketika itu aku sendiri pon belum ada rancangan masa depanku.  Aku hanya suka bermain dengan kawan-kawan sekampung, tidak kira lelaki atau perempuan. Semua jenis permainan yang ada, aku akan terlibat dan ambil bahagian.  Aku sering menang bermain guli(gurah) dengan pukulan maut ku yang hebat. Aku kalahkan budak-budak lelaki pon. 


Aku berlawan main selambut dengan kawan-kawan perempuan, berlawan main tumbuk buah getah, main lawan tali getah, main lompat tali, main congkak, main decak-decak atau kapal terbang dan berbagai lagi. Aku tidak memilih kawan. Lelaki dan perempuan, padaku semunya sama, yang penting hatinya mesti baik dan ikhlas


Aku juga suka menyanyi dan menonton wayang. Aku juga tertarik dengan berbagai persembahan kebudayaan yang ada ketika itu. Wayang kulit, mak yong, menora dan pertujunkan Bangsawan adalah antara kegemaranku. Semua permainan kebudayaan ini ada di Biaritz Park, yang terletak tak jauh dari  rumahku. Ia dibuka pada bulan ogos 1951 semasa aku berumur 12 tahun lebih.


Aku dan kawan-kawan hanya berjalan kaki untuk pergi kes Biaritz park yang tersohor itu. Aku juga tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan dikir barat yang sangat popular pada waktu  itu. 


Kalau ada pertunjukan kebudayaan dimana-mana aku akan pergi.Selain dari itu aku juga suka membaca buku cerita dan melukis.Aku rajin membaca sebab dari kecil aku telah diasuh oleh Tokwanku untuk mendengar berbagai cerita darinya. Kegemaran membaca cerita ini terbawa-bawa hingga aku akan pergi kemana saja yang ada buku. 


Aku sering pergi kerumah salah seorang Chekgu yang bernama Cikgu Mohamad. Dia pon sayang padaku. Kalau ada buku yang baru dibelinya, dia akan beritahu aku.  


Suatu hari aku nampak Guru besar berkunjung kerumah kami. Dia memberitahu ibu bahawa, aku telah lulus peperiksaan dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran. Ibuku tidak memberi apa-apa reaksi kepadanya beberapa lama.


Kegagalan ibuku untuk membuat keputusan, menyebabkan Guru besar sekolah Melayu Langgar, Che gu Haji Said, terpaksa berkali-kali datang kerumah berbincang dengan ibu mengenai isu dan masa depanku. Dia memujuk ibu agar menerima tawaran untuk aku masuk ke Kelas special Malay yang baru diperkenalkan oleh Kerajaan. 


Aku masih terdengar lagi kata-kata Chikgu Haji Said kepada ibuku, “rugilah, kalau tak terima tawaran ini, sebab budak ni cerdik dan mempunyai masa depan yang cerah” katanya.

Setelah dipujuk berkali-kali barulah ibuku bersetuju. Semenjak itu bermulalah fasa kedua alam persekolahan aku.

 

Malas kesekolah

 

Jarak sekolah dengan rumahku hanya beberapa langkah sahaja. Rumahku adalah rumah yang ketiga dari 3 buah rumah yang ada disitu. Tetapi aku malas ke sekolah.Setiap pagi ibuku terpaksa menghantar aku. Bila masa rehat, aku pulang dan tak mahu pergi lagi. Setelah dipujuk-pujuk barulah aku pergi semula. Kadang-kadang ibuku terpaksa mengupah kawan-kawanku dengan berbagai jenis upah untuk memujukku. 


Nasib baikku ibuku pandai membuat cokelat menisan. 

Dirumah ku juga kebetulan terdapat banyak pokok-pokok buah-buahan saperti Rambutan,Manggis,Rambai, Mangga, buah Kiat, buah Katak puru (num num),belimbing dan bermacam-macam lagi yang digemari oleh kawan-kawanku.


Buah-buahan ini ibu jual, tetapi kadang-kadang ibuku  jadikannya sebagai umpan kepada kawan-kawan ku supaya datang kerumah untuk menjemputku kesekolah.

 

Suka menyanyi


Semasa aku berumur 9 tahun, aku mula minat menyanyi. Antara lagu kegemarannku ialah ‘lagu Bunga Tanjung’ yang dinyanyikan oleh Rubiah. Suatu hari salah seorang Cikgu yang bernama Chekgu Abdul Rahman,mendengar aku menyanyi. Suatu hari disuruhnya aku menyanyi. Apalagi ibarat orang mengantuk disurungkan bantal. Semenjak hari itu aku menjadi penyanyi tetap sekolah. Setiap hari sebelum balik, aku disuruh menyanyi lagu ‘bunga tanjung’ dan mendapat tepukan gemuruh dari murid-murid dan guru-guru. Semenjak itu aku mula suka kesekolah. Pagi-pagi aku dah bangun bersiap untuk kesekolah.


Tokwan dan isteri-isterinya

Tokwan


Datukku yang ku panggil ‘Tokwan’, berkulit cerah dan tinggi lampai orangnya. Hidungnya mancung dan bibirnya kemerah-merahan. Pandai membaca Quran, bersyair, berkasyidah dan bercerita atau berbari. Dia juga seorang yang sangat berani. 


Dia ada sebuah basikal yang agak tua. Itulah kenderaan kesukaannya. Dengan basikal itulah dia kesana kemari. Apabila selesai semua tugasnya, dia akan pulang dan menyimpannya dengan cermat disebuah tiang kayu tinggi , berbentuk empat segi di bawah rumah. Pada ingatanku, itulah sahaja, satu-satunya alat kenderaan yang ada padanya. Basikal tua itulah yang membolehkan ia pergi kemana-mana, melawat sanak saudaranya, termasuk kerumah saudara sepupu kesayangannya, yang tinggal tinggal di kampung Banggol, KB, lebih kurang 8 -10 kilomiter dari rumah kami.  


Ketika zaman pemerintahan Jepun, orang Melayu sangat takut kepada askar Jepun. Ini mengikut cerita yang aku dengar dan pernah baca dari buku-buku sejarah. Kononnya Orang Jepun sangat ganas, bengis dan zalim terhadap penduduk tempatan. Namun, apa yang aku nampak, Tokwan tidak nampak takut pon. Pada Tokwan, askar-askar Jepun itu biasa-biasa sahaja. Kadang-kadang dia bawa balik biskut yang dia dapat dari orang Jepun. Tokwanku amat istimewa buatku. Dia tak takut pada mereka. 


Belajar dengan Tokwan


Setiap hari ada sahaja bari (cerita)  yang hendak disampaikan kepadaku. Cerita-cerita penglipur lara, semuanya dia tahu. 

Selain dari syair Siti Zubaidah, cerita-cerita lain juga jadi kegemaran semasa aku kecil. Cerita-cerita penglipur lara, seperti Selendang delima, Puteri bunga  mawar, Panji Semerang, Bawang puteh  bawang merah dan Intan Terpilih, menjadi hiburan telingaku saban hari.


Sambil berbaring atas lantai ditegah dewan rumah, diletakkan kepalaku di lengan kanan Tokwan, sementara tangan kirinya  memegang buku. Semua buku yang dibacanya bertulisan jawi. 


Kadang-kadang aku terlena di atas lengannya.  Dia sentiasa berzikir dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Membaca surah Yasin itu memang  telah menjadi amalan harian nya. Kadang-kadang dia baca surah Al-Mulk. Katanya kalau orang rajin baca surah al-Mulk, dia akan tahu bila nak mati. Aku tak faham apa maksudnya ketika itu.


Tokwan sangat istimewa buat diriku. Dia mempunyai banyak kepandaian dan keistimewaan. Selain dari pandai bercakap mengenai ilmu-ilmu tentang Islam, dia juga pandai bertukang. Tukang emas, tukang perak dan tukang rumah. Semuanya dia boleh buat. Dia juga merupakan salah seorang tukang emas yang terlibat membuat bunga emas yang dijadikan 'ufti kepada kerajaan Siam' sebelum Kelantan dijadikan salah sebuah negeri bersekutu pada tahun 1909 .


Aku masih ingat, ada beberapa alat pertukangan tersebut tersimpan kemas dirumahku, termasuk satu set 'dacing kecil' yang diperbuat daripada tembaga nipis yang amat seni dan halus perbuatannya. Mungkin ia digunakan untuk menimbang emas dan permata sahaja. Dacing ini pernah ku simpan, tetapi apabila aku mula berpindah randah mencari kehidupan yang lebih baik,ia hilang begitu sahaja. Begitu juga terdapat banyak peralatan menukang saperti tukul kecil, alat menempa besi, pahat, gergaji dan berbagai lagi. Namun begitu aku tidak pernah nampak dia buat kerja itu. Agaknya dia sudah bersara dari membuat kerja tersebut.


Satu lagi keistimewaan Tokwan ialah dia banyak ilmu. Diatas pintu rumah kami, dia letak sekeping besi nipis bertulis , berukuran lebih kurang 8 inci persegi. Katanya untuk menghindar pencuri masuk rumah. Jika pencuri masuk kedalam rumah kami, pencuri itu tidak akan boleh keluar sehigga pagi. Dia akan duduk berenang-renang diatas lantai rumah kami.


Selain dari itu , Tokwan juga adalah seorang yang amat kreatif dan rajin. Dia mampu mencipta sesuatu untuk kegunaan sendiri. Aku pernah terlibat dengan salah satu alat ciptaannya, apabila dia membuat penapis air dan mengajak aku minum air dari alat yang baru diciptanya.


Ia juga pakar membuat bumbung rumah, menyalakan api tanpa mancis. Aku sentiasa kagum dengan kebolehanya. Ia mengajar bangaimana mendapat api dengan hanya meletakkan secebis kapas dan cermin matanya yang tebal, kepada pancaran matahari. Kemudian aku lihat asap berkepul-kepul, keluar atas kapas tersebut. Hebat sungguh Tokwanku!.


Dia juga tahu bila gerhana matahari akan berlaku, Dia akan mengajak aku melihat gerhana matahari di dalam baldi air bersamanya. Apabila tiba masa gerhana atau sesuatu yang aneh, dia akan mengajak aku menyediakan peralatan untuk menyaksikannya, terutama apabila terjadi gerhana matahari atau bulan. Dia juga sangat bijak dalam berbagai ilmu perkapalan dan perdagangan.


Mengikut cerita orang-orang yang pernah mengenalinya dulu, Tokwan adalah salah seorang Malayu yang hebat berniaga. Beliau dikatakan mempunyai beberapa buah kapal layar yang besar dan hebat. Dia juga mempunyai ramai awak-awak atau pekerja-pekerja untuk membantunya dalam perniagaan. Beliau sendiri bertindak sebagai pengemudi, kerana kehebatan pengetahuan mengenai ilmu pelayaran dan arah angin bertiup dan sebagainya.


Beliau belayar ke Singapura menghantar sendiri kelapa kering, hasil dari 10 ekar ladang kebun kelapa, kepuanyaannya di beberapa kawasan di Takbai dan Tumpat. Semasa kecil aku pernah mengikut Pakcik ku, Nik Mansur bin Nik Mustapha ( anak sulungnya dan juga satu-satu anak lelakinya) ke Tumpat, untuk meninjau salah sebuah kebun tersebut. Pada waktu itu ia dipawah kepada seorang penduduk disitu.


Tokwan pakar buat Wau dan Tanglung


Tokwanku juga pakar membuat wau dan tanglung dan lain-lain lagi. Tokwan akan membuat sendiri Tanglung untuk aku apabila ada perarakan Tanglung di sekolah. Kerja seni lukisan kerawang pon dia hebat. Untuk menghias wau bulan, dia melukis  dahulu atas sekeping kertas nipis. Apabila dia telah puas hati dengan lukisan tersebut, barulah dia menyalin keatas kertas warna  pilihanya. dia mengatur segala perlatan diasatu tempat khas, memulakan kerja seninya. Kertas yang dipilihnya akan dilipat dua, atau empat atau lapan sebelum dia menggunting dan menyobek-menyobek dan menghiasnya dengan cermat. Dia bijak memilih sudut-sudut yang telah ditentukan. Apabila selesai menggunting, kertas itu akan ditebuk dan disobeknya sebelum membukanya di atas lantai untuk aku melihat keajaiban hasil kerja seni nya yang begitu unik dan cantik. Aku hairan dan terpegun dengan hasil ciptaan dan rekaan tangannya yang sangat halus dan unik. 


Aku sering juga menolongnya meraut dan membentuk buluh untuk membuat wau dan tanglung. Dia sangat tekun dalam menghasilkan karya seni nya. Kebanyak ukiran atas pintu bilik rumah kami pon Tokwan yang buat. Terlalu banyak keistimewaan yang tidak dapat lupakan. Tokwan adalah idola ku semasa aku kecil.   


Berkat asuhan dan didikan dan kasih sayangnya semenjak dari kecil, menjadikan aku seorang yang cepat mesra, kreatif dan rajin mencuba. Aku mewarisi hobinya yang suka membaca. Aku suka membaca buku-buku cerita, majalah-majalah hiburan yang ringan-ringan. Dimana ada buku dan majalah, disitulah aku tumpang membaca setiap hari. Salah sebuah tempat yang aku duduk bertapa, berjam-jam ialah di rumah salah seorang bekas guru sekolah Melayu Langgar, kerana ada buku-buku kegemaranku. Aku tidak  pergi ke perpustakaan sebab jenis buku nya, berat-berat dan terlalu bersifat akademik.


Nenek sebelah ibu


Tokwan pernah berkahwin dengan 3 orang wanita lain, selain dari neneku yang aku panggil Cek. Semasa aku dilahirkan Cek sudah separuh abad umurnya. Sudah mempunyai beberapa orang cucu, selain dari aku. Dia merupakan anak sulung dari 6 orang adik beradik yang terdiri dari 4 perempuan dan 2 orang laki-laki.


Cek merupakan seorang wanita yang berhati mulia dan amat penyabar orangnya. Dialah tempat ibu dan aku menumpang kasih. Tokwan, ibu serta aku, tinggal bersamanya semenjak dari kecil sehingga aku berkahwin dan beranak tiga. Dia mempunyai 3 orang anak sahaja dan anak sulungnya seorang lelaki sudah  meninggal dunia ketika aku masih bayi. Cek seorang yang  bertubuh kecil dan kurus sahaja tetapi tenaganya kuat.


Sekali sekala aku ikut dia pergi mengambil padi di Baloh rumah Emak. Dia sendiri akan mengisar, menumbok dan membawanya balik kerumah. Ada masa juga dia tidak akan teragak-agak untuk menoreh getah sendiri.  Ada masa dan ketikanya, Mek Jah dan suaminya Pakwel, yang diupah menoreh getah seluas 2 ekar nya itu, balik ke kampung terlalu lama, dia sendiri akan mengambil alih tugas tersebut untuk beberapa hari. Walaupun dibantu ibu, aku kagum dengan kekuatannya, yang berbadan kecil itu, dapat melakukan kerja sebegitu berat. Dia bukan sahaja akan menoreh sendiri, bahkan mengutip susu getah dan membawa baldi getah sendiri, memproses dan membawa balik 2 keping getah untuk dijemur sehingga kering. 


Pada pemerhatian aku, dia agak kedekut orangnya dan jarang mengupah orang melakukan sesuatu kerja untuk nya. Dia hanya upah kerja-kerja yang dia sendiri tidak mampu lakukan, seperti memotong kayu untuk dijadikan kayu api untuk urusan masak di dapur kayu nya sahaja.


Kembali kepada kisah Tokwan. Dia mengahwini isteri yang terbarunya semasa aku berusia lebih kurang 7 tahun. Tokwanku ini sangat hebat dan istimewa orang nya. Apabila dia berkahwin dengan isteri mudanya, dia bawa balik madu baru nenekku itu tinggal bersama-sama kami. Dia tidur di bilik sebelah. Aku, nenek dan ibu, tidur di bilik yang satu lagi. Isteri mudanya seorang yang pendiam. 


Isteri keduanya, tinggal bersama-sama 2 orang anaknya yang lain tidak jauh dari rumah kami. Rumah mereka adalah berhampiran Masjid Langgar. Dia ada 3 orang anak, tapi  2 orang sahaja yang tinggal disitu. Anak  sulungnya tinggal bersama suami dan anak-anaknya diKampung Bangol. Suaminya Wan Abdullah adalah seorang guru.


Aku kenal sangat dengan isteri keduanya yang bernama Nik Maimunah (aku memanggilnya ‘Tokwan Noh”. Setiap minggu dia akan datang kerumah kami, untuk menempah baju dan seluar kanak-kanak dari ibuku. Dia berniaga diatas pasar Kota Bahru. 


Dia juga seorang yang berani. Beberapa kali aku terserempak, apabila dia datang menyerang dan memaki-maki isteri muda Tokwan. Nasib baik isteri muda tak melawan.


Nenek sindir madunya


Suatu hari dia datang membawa sebilah gunting  hendak menikam isteri muda Tokwan. Kami semua ketakutan. Tetapi didalam suasana kelam kabut itu, aku terdengar nenekku menyindirnya, dalam suara bernada rendah sahaja, seolah-olah membisik kepadanya. ‘Oh! Sakit hati juga, bila suami kita diambil orang?”. Sejurus selepas itu dia keluar dari rumahku. Agaknya baru dia sedar bahawa dia sendiri telah mengambil suami orang. 


Aku hanya kenal 2 daripada isterinya, tetapi aku tahu Tokwan ada isteri lain( mungkin isteri pertamanya) kerana suatu hari, anak sulung nya bernama Wan jamilah tiba-tiba muncul kerumah kami. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan dan beberapa orang cucu yang berumur hampir sebaya dengan aku. Wan Jamilah tinggal di Sungai Golok, bersama suami dan anak ada cucu-cucunya. 


Tidak lama kemudian 2 dari 5 orang cucunya datang tinggal bersama kami, kerana bersekolah. Mereka memilih untuk bersekolah di kota Bharu kerana masaalah bahasa pengantarnya. Dinegeri Siam tidak ada sekolah Melayu. Tokwan meninggal sekitar tahun 1954, semasa aku berumur lebih kurang 15 tahun dan anak bungsunya Nik Maheran berumur lebihkurag 6 tahun.


Thursday, July 02, 2020

Rumah ku

 Rumah bernombor 4661,Jalan Pasir Puteh


Rumahku terletak betul-betul ditepi jalan raya Pasir puteh /Kota Bharu. Pada masa itu jalannyat tidaklah sebesar dan seluas jalan sekarang. Yang memisahkan jalan raya dengan rumahku hanyalah, sebuah parit dan kawasan rumput yang agak luas, khas untuk pejalan kaki atau tempat orang duduk menunggu bas atau teksi.


Parit itu adalah untuk aliran air sekiranya hujan turun dan melimpah berukuran lebih kurang 3 kaki luas dan 2 kaki dalam. Disekelilling rumahku juga ada pagar pokok Teh yang tebal dan hijau.


Disebabkan Tokwanku memang seorang yang tak boleh duduk diam, keliling rumah juga penuh dengan pokok dari berbagai jenis, terutama sekali pokok pisang dan betik.  Ada juga beberapa pokok bunga yang tumbuh segar. Bunga tikam seladang umpamanya, adalah salah satu bunga kegemaranku. Pokok bunga ini mengeluarkan bau yang sangat harum, menjalar diatas pagar dengan bunganya yang puteh bertaburan. Amat cantik sekali.

 

Pada masa itu aku seorang sahaja kanak-kanak yang tinggal dirumah besar itu. Selain dari aku, hanya nenek, ibu dan atukku bersama isteri mudanya , yang kami panggil “Mak” tinggal disitu


Jalan raya yang sibuk


Kenderaan berat saperti Bas,lori, kereta, motorsikal, teksi roda tiga, basikal agak sibuk. Ia sangat merbahaya untuk melintas. 


Banyak kemalangan berlaku disitu dan salah satunya berlaku betul-betul dihadapan mataku. Peristiwa itu telah mengorbankan seorang nenek tua yang sangat akrab denganku.


Dia sedang menuntun kambingnya untuk melintas jalan. Aku ada bersamanya, untuk sama-sama melintas jalan pergi kerumahnya. Tiba-tiba sebuah motorsikal Jenis BSA yang dipandu laju melanggarnya. Nenek tua, yang aku panggil Maksom  mati disitu, betul-betul dihadapan mataku. Aku terkejut dan tergamam disitu sehingga orang ramai mengurumuni dan mengakat mayatnya, aku masih terduduk disitu.


Kejadian ngeri dan menyayat hati itu, tidak dapat ku lupakan sehingga kini. Aku masih gerun dan trauma apabila melihat motosikal dipandu laju.


Bentuk Rumah nenekku


Rumah nenekku sederhana besarnya, terletak diatas sekeping tanah tidak jauh dari sekolah ku.  Rumah Melayu lama ini berbentuk empat segi,  terletak tepi jalan besar , yang menghubungkan Kelantan dan Trengganu. Jalan ini dinamakan Jalan Pasir Puteh.


Berbanding dengan 2 buah rumah jiran yang lain, rumah kami satu-satunya yang menghala ke arah matahari jatuh. Kami membelakangkan rumah jiran. 


Rumah ini dikelilingi oleh berbagai jenis pokok buah-buahan yang besar, tinggi dan selalu mengeluarkan buah yang banyak dan bunga-bungaan yang harum baunya. Dihadapan rumah itu juga terdapat 2 jenis pokok yang meninggalkan kesan yang besar, keatas diriku semasa kecil. Pokok Cengkih dan pokok rambai terutamanya.


Seperti rumah-rumah lama yang lain, ia terletak diatas tiang kayu pepat yang besar dan tinggi. Ini membolehkan kawasan bawah rumah menjadi kawasan kanak-kanak bermain.  Ia juga dijadikan kawasan menyimpan barang-barang lama (yang sebenarnya sudah tidak berguna lagi), tetapi sayang hendak dibuang.


berganti Terdapat banyak kayu-kayu terpakai disimpan disitu, sehingga satu hari kakiku terpijak sengat seekor lipan ketika bermain di situ. Sakitnya alang kepalang.  Seminggu lamanya aku terhinjut-hinjut dirumah, tak boleh berjalan dengan betul.


Bentuk rumah


Rumah itu asalnya terdiri dari dua buah rumah ibu yang dicantumkan menjadi satu. Kalau dipandang dari atas terdapat 2 buah bumbung pada rumah itu.  Dimana kedua cucur atap bertemu, satu saluran zink menyambung kedua buah rumah tersebut.  Saluran zink  itu  juga bertindak sebagai tempat tadahan air hujan. Air akan mengalir  turun melalui saluran itu. Sebuah tempayan besar diletak betul-betul dibawah muncung saluran tersebut. Air ini digunakan untuk menyiram pokok dan membasuh kaki.


Rumah berubah wajah


Zaman bertukar, tahun berganti dan berlalu pergi. Rumah itu juga turut melalui berbagai pembaharuan dan pengubahsuain, mengikut masa dan keadaan.   Ibuku selalu membuat  pengubahsuain keatas  rumah lama kami beberapa kali. Dirombak, ditambah, diubah sehingga menjadi sebuah rumah yang lebih besar. Ia menjadi tempat keluarga behimpun, terutama apabila ramai kaum keluarga berkembang dan bertambah ramai. 


Tangga yang dulunya menghala matahari jatuh, kini telah diubah mengahala kearah Matahari terbit . Dinding yang dulunya gelap disebabkan kurang bilangan jendelanya, kini bertukar wajah. Jendela-jendela diubah bentuk dan corak bingkainya. Ia diberi nafas baru dengan menggunakan bahan-bahan yang baru dan terkini. Kalau dulu bingkainya tidak ada cermin, kini sudah bercermin cerah, sehingga rumah kami kelihatan lebih cerah dan berseri. Angin pon mula menembusi ruang tamu rumah kami dengan desiran angin yang menyejukkan.


Bentuk ruang tetamu juga berubah wajah,. menjadi lebih besar dan berbeza dari rumah-rumah lain yang ada disitu. Hujung ruang  tamu dibuat berbentuk tiga penjuru berbucu-bucu. Setiap penjuru dinding dihias pula dengan jendela-jendela cermin. Apabila kesemua jendela dibuka, ia kelihatan sangat luas,terang dan cantik.


Tangga juga telah bertukar bentuk dan rupanya. Dulu hanya kayu kini bertukar menjadi batu yang kuat dan kemas. Anak tangganya dibena mengguna kepakaran modern. Anak tangganya yang bertingkat-tingkat digunakan untuk meletakkan berbagai jenis pokok bunga sebagai perhiasan oleh ibuku, yang sememangnya ama kreatif dan rajin. Bentuk tangga juga berubah wajah dan bentuknya menjadi berbucu-bucu menyerupai bentuk ruang tamu. Peneduhnya juga bertukar menjadi batu konkrit yang tinggi,besar  dan kukuh. Sbelum ini sutuhnya atau varendanya, hanya dari kayu dan bata Singgora, kini berubah kepada batu konkrit yang  sama tinggi dengan rumah asal. Memang nampak gah.


Apabila bapa saudaraku yang bekerja sebagai CC (chief clerk) dipejabat Tanah Pasir Puteh bertukar balik ke pejabat Tanah Kota Bharu sekitar tahun 1948 bentuk rumah juga turut berubah lagi. Bermula dengan hanya 2 buah bilik tidur ia bertukar menjadi 4 bilik.Rumah dapur juga turut mendapat sentuhan baru. Dan berubah tempatnya dari belakang kesebelah kanan pula. Semua pengubahsuaian ini berlaku sedikit demi sedikit.


Dikawasan 'dewan' yang orang kelantan panggil ‘Luar’, adalah bahagian depan yang terbuka luas tanpa apa-apa sekatan, saperti sebuah surau. Kami boleh berjalan dan bermain dari hujung kehujung rumah itu. Lantainya atau gelegarnya  pon sama sahaja warna dan saiz nya terpaku kemas diatas kayu penyambut yang sama tinggi. 


Disitulah kami menyambut tetamu yang datang; tempat beristirehat anak beranak; tempat sembahyang, tempat aku tidur diatas lengan Tokwan. Tempat aku membaca buku bersama Tokwan, sambil dia bercerita dan mendengar dia bersyair cerita Siti Zubaidah, Puteri bunga Mawar dan Panji Semerang yang berulang-ulang diceritakannay sehingga aku hampir hafal dibuatnya. 


Sebelum pengubahsuain ini berlaku, terdapat dihadapan rumah itu, sebuah tangga kayu sahaja. Satu bangku tempat duduk kegemaran Tokwan untuk berehat sambil menghisap rokok daunnya. Ruang hadapan rumah ini adalah penyeri rumah asal kami. Sebuah tempayan beri air juga diletakkan disitu untuk kami membasuh kaki sebelum naik kerumah.


Struktor rumah


Kebanyakan struktor rumah itu diperbuat dari kayu cenggal dan atapnya dari bata Senggora berwarna merah bata, sama saperti rumah-rumah yang lain disitu.

Terdapat 2 bilik tidur, 1 ruang tamu yang luas terletak dihadapan kedua-dua bilik tidur.  Setiap bilik tidur ada 2 pintu kayu berdaun dua. Satu pintu terletak ditengah-tengah bilik dibahagian hadapan, manakala yang satu lagi terletak di sebelah sudut tepi belakang bilik. 


Fungsi pintu sudut ini, pada hematku adalah bagi memudahkan kami  keluar  masuk kalau ada tetamu yang berkunjung kerumah kami. Jadi tak lah menggangu mereka, berbanding kalau menggunakan pintu depan untuk keluar masuk, terutama kalau nak pergi kedapur untuk membuat air atau sebagainya.


Bilik tidur


Nenekku memang sudah tua. Setelah Tokwan membawa isteri mudanya, nenek perpindah dari biliknya dan tidur bersama kami.  Diantara 2 bilik itu ada satu kawasan laluan kecil, berukuran lebih kurang 8 kaki terletak betul-betul dibawah saluran air. 


Yang paling istimewa ialah, didalam setiap bilik tidur itu terdapat satu sudut kecil, lebih kurang 1’x 2’  persegi, disediakan khaskan untuk kami kencing pada waktu malam. Ada sebuah kendi air tersedia disitu.  Aku jarang menggunakannya kerana selalu membayangkan, ada orang sedang mengintai kami dari bawah rumah.


Dapur


Untuk kedapur kami terpaksa menuruni sebuah bendul kayu yang besar dan 2 anak tangga kayu  berukuran 5 kaki luasnya. 


Ditepi dinding sebelah kanan, ada rak khas tempat meletak pinggan. Dari dapur kami kena turun satu anak tangga untuk pergi tempat yang kami panggil jemoran. Kawasan ini lapang dan terbuka untuk tempat mandi manda dan menjemur kain.Tiada atap penutup disini kecuali dinding yang dianyam dari buluh. Dinding ini pon seingat ku sudah lama dan uzur. 


Dari kawasan jemoran ini kami boleh turun keperigi batu yang sangat jernih airnya. Banyak pokok-pokok bunga yang harum baunya ditanam disitu. Antaranya ialah bunga cempaka keling dan bunga melor. Beberapa pokok buah-buahan saperti kerini, belimbing, katak puru dan pokok rambutan yang tinggi menutup selu, yang hampir menuup seluruh bumbung bilik belakang, pon ada disitu. 



Zaman Jepun


Semasa zaman pemerintahan Jepun , ramai orang yang susah. Mungkin kawasan jemoran rumah nenek tidak dibaiki kerana kesusahan zaman Jepun. Getah tidak boleh ditoreh. Padi tidak boleh ditanam, takut dirampas oleh askar Jepun, yang dikatakan sangat ganas dan jahat itu. 


Perempuan-perempuan pon terpaksa disembunyikan. Nenek pernak bercerita kepadaku. “Suatu hari beberapa orang askar Jepun telah datang kerumah kami. Ibuku disembunyikan dibawah kain selimut. Apabila askar datang, nenek dalam ketakutan merayu kepada askar Jepun. Katanya  “Jangan ambil kain selimut saya,tuan. Jangan ambil kain selimut saya tuan ,” beberapa kali sebelum askar itu berlaku pergi”.


Keluarga datang menumpang.


Selepas perang, sepasang suami isteri yang baru berkahwin datang tinggal bersama-sama kami. Mereka tinggal beberapa tahun lamanya sehingga dapat anak 2 baru mereka pindah balik ke Kampung Laut. 


Sebenarnya, aku pon tak tahu kisah sebenar pasangan Nik Soh dan Wan Majid ini datang tinggal dirumah nenek. Tetapi apa yang aku tahu, Tok Wan terpaksa berpindah dari dalam bilik dan tidur bersama isteri mudanya diluar.  Dia dan Mak tidur didalam kelambu besar. 


Tidak lama kemudian 2 orang keluarga lagi datang menumpang, iaitu cicit tokwan dari Sugai Golok datang tinggal bersama kami, kerana bersekolah. Yang tua bernama Nik Ahmad ( panggilan mesranya Mat gebing, kerana telinganya gebeng) dan adiknya Nik Abdul Rahman. 


Nik Ahmad menjadi kawan akrab aku,sampai keakhir hayatnya. Darinya aku belajar memandu, dia juga yang menghantar dan menunggu ku sepanjang masa aku mengajar kelas dewasa di Mulong tiga kali seminggu.


Dia kemudian dapat kerja dipejabat Ukur bersama suamiku.Dia tinggal dengan kami sehingga dia kahwin. Seorang lagi adik ipar maksu Nah juga datang menumpang. Rumah kami menjadi seperti hostel atau rumah tumpangan.


Ibu bikak menjana pendapatan

Ibuku bijak menjana  pendapatan.


Ibuku Hajjah Nik Som telah 2 kali menunaikan haji. Sekali dengan kapal laut dan yang kedua dengan kapal terbang. Dia merupakan seorang wanita Melayu yang bijak. Dia menggunakan kepandaian yang ada padanya untuk menambah pendapatan kami sekeluarga.  Dia membuat gula-gula kelapa (coconut candy) yang sangat disukai oleh kawan-kawan Sekolah Melayu Langgar. Kawan-kawan selalu datang kerumah membelinya. 


Aku suka melihat cara ibu membuat gula-gula yang dipanggil “gula menisan”. Aku sering duduk disebelahnya ketika dia sedang memproses gula-gula tersebut sehingga selesai. Sayangnya aku tidak pernah berminat mempelajarinya.  Aku sangat tertarik dengan kebolehan ibu menarik gula merah yang masih panas, dari dalam kuali tembaga yang digunakannya beberapakali , sehingga ia menjadi seutas tali panjang berwarna cokelat, bulat dan berkilat berukuran sebesar jari kelingkingnya.


Tangannya sangat kuat dan stabil semasa memegang 2 batang sodek kayu leper , berukuran lebih kurang 2' x 4" yang digunakannya.

Ia kemudian disejukkan , sebelum digunting kecil-kecil dan pendik-pendik, mengikut saiz yang telah ditetapkan. Apabila semua telah selasai , barulah dibalut dengan kertas nipis berwarna warni. Gula-gula ini boleh disimpan berbulan-bulan lamanya, jika disimpan dalam botol kedap udara.


Selain berkebolehan membuat gula-gula, ibu juga  pandai menjahit pakaian. Hasil kerja-tangannya sangat halus dan cantik. Dia juga pandai mengait, tekat dan menekat dengan benang emas dan perak. Antara hasil kerja tangan ibu yang aku paling ingat , adalah sepasang kipas baldu hitam bertekat benang emas, berhias kain ropol-ropol halus berwarna kuning, sepasang sarung bantal berenda benang berwarna putih dan sepasang pengikat kelambu dengan kerawang-kerawang yang diperbuat dari benang putih yang amat halus buatannya. 


Setiap pagi ibu akan buka kelambu dan menyangkut kerawang tersebut pada kiri dan kanan tiang kati kayu, tempat aku dan ibu tidur. 


Semua hiasan rumah kami adalah hasil kerja tangan ibu sendiri. Semuanya cantik dan menarik.Aku membesar dengan berbagai kemudahan dan kemewahan. Ini adalah kerana ibu bijak mencari wang.

Sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, banyak barang-barang hasil kerja tangan ibu yang aku simpan dengan baik, dalam sebuah peti besi. Namun innya hilang dari simpanan, apabila kami berpindah rumah beberapa kali.  


Begitu juga dengan barang-barang pusaka peninggalan keluarga yang dibuat dari tembaga yang kami simpan di dalam stor di bawah rumah diKota Bharu juga dicuri orang. Selepas ibu meninggal semua barang-barang berharga, iaitu sebatang lembing panjang dan keris bersarung perak, juga hilang dari simpanan kami. Kami mengesyaki budak-budak pengutip besi buruk yang mencurinya. Mungkin itu bukan rezeki kami, hanya dipinjamkan sahaja.


Keluagra kerja dengan kerajaan

keluargaku kerja dengan kerajaan 


Setakat yang aku tahu, ramai kaum lelaki dari keluarga kami  bekerja dengan kerajaan semenjak belum perang lagi.Jabatan ukur, jabatan hutan, audit, hospital, pejabat tanah, ehakiman dan lain-lain. Salah seorang sepupu ibu berpangkat Hakim. Hakim Wan Abdul Rahman.Bapanya Wan Ali adalah adik beradik moyangku.


Yang paling hampir dengan surau ialah rumah adik lelaki nenekku yang bernama Nik Yusoff dan Isterinya Nik Meriam. Mereka dikurniakan dengan 3 orang anak Nik Rokian, Nik Habsah dan Nik Abdul Rahman.


Ramai anak beranak dan keluargaku tinggal dirumah  berbentuk U yang besar dan gagah itu. Selain dari anak,isteri dan anak-anak Nik Yusoff, disitu juga tinggal 2 orang adik isterinya, bersama-sama suami dan anak masing-masing.  


Rumah itu merupakan rumah yang paling besar dan tercantik dikampung Langgar pada waktu itu. Selain dari tiang dan bendul yang  diperbuat dari kayu cenggal yang besar-besar belaka,dindingnya juga cantik dan berpahat-pahat. Diatas pintu setiap bilik juga terdapat ukiran-ukiran yang cantik.  Memang rumah itu nampak ‘gah’ sangat. 


Banyak ciri-ciri tradidisional terdapat dirumah itu. Tetapi sayangnya sebahagian besar dari rumah itu telah terbakar dan kini sudah dirobohkan. Diatas tapaknya,  ada 2 buah rumah yang baharu.

Disitu juga tinggal bekas menantu nenekku bernama Nik Embun yang merupakan anak Nik Zainab, salah seorang adik isteri Nik Yusoff. Nik Embun yang mesra dipanggil Cikwong serta anak menantu serta cucu-cucunya juga menetap dirumah besar itu. Cikwong pandai memasak kuzi kambing. Padaku kuzi kambingnya adalah yang paling istimewa. Setiap kali ada jamuan atau kenduri dirumah kami, dialah yang paling sibuk didapur. 


Suami pertama Nik Embun bernama Nik Jaffar, iaitu anak sulung nenekku. Suaminya telah meninggal dunia semasa aku masih kecil. Bersama Nik Jaafar mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nik Rahmah yang sudah berkahwin. Suaminya bernama Nik Yusoff . Mereka dikurniakan 9 orang anak, 3 lelaki dan 6 perempuan. 


 Appendixes

nama anak-anak:

Nik Nik Zainab, Nik Zaniah,Nik mustapha, Nik Abdul Rahman, Nik Zaharah, Nik Zaleha, Nik Zalin a, Nik Jamaluddin, dan Nik ?


Dibelakang rumah itu juga adalah rumah kaum keluarga kami yang terdekat saperti sepupu atau 2 pupu ibu, nenek atau Tokwanku. Semuanya ada kait mengait antara satu sama lain. 


Masa dahulu, tidak ada langsung kahwin campur saperti sekarang. Ramai kaum keluargaku berkahwin dengan sepupu atau 2 pupu sahaja, atas alasan hendak menjaga keturunan dan juga agar harta tidak terjatuh ketangan orang lain. 


Dikampung ku ini, selain dari terdiri dari keturunan Nik, kampungku juga terkenal dengan kelembutan tutur kata dan halus budi bahasa mereka. 


Rumah-rumah disitu kebanyakan dibuat dari kayu, hanya saiznya berbeza, bergantung kepada kedudukan kewangan masing-masing, tapi semuanya  rumah kayu, kecuali kawasan dapur  diperbuat dari batu.  Salah sebuah rumah disitu juga rumah isteri Tokwan yang bernama Nik Maimunah. 


Dia tinggal bersama anak serta menantu dan cucu-cucunya seramai 3 orang. Anak sulung  Nik Syarifah tinggal dikampung Banggol setelah berkahwin dengan seorang guru bernama Wan Abdullah. Mereka dikurniakan 5 orang anak. 


Appendixes

Nik Aman, Nik Mahzan, Wam Mariam,Wan Tik dan Nik Hilmi. Anak keduanya Nik Khadijah bersuamikanWan Yaacob. Beroleh 3 orang anak. Nik Maimah, Wan Syukri dan Nik Habsah.


Anaknya yang ketiga bernaman Nik Amnah (aku memanggilnya Maksunah. Berkahwin dengan Nik Hassan.Tetapi tidak dikurniakan anak. Nik Amnah kemudian berkahwin dengan Che Kob, peranakan Pulau Pinang, peniaga kain dipasar Chowrasta  . Mereka dikurniakan 8 orang anak.


Appendixes

Nik Musrapha, Safarbi, Anipah Bee, Nik Fatimah, Nik Salina, Nik Ahmad Kamal, Nik Saifuddin, Nik????.


Belajar naik basikal

Belajar naik basikal


Ingatan ku melayang kepada suatu ketika apabila aku menyewa sebuah basikal kecil dari kedai basikal Nik Abdul Majid untuk belajar naik basikal. Sewa hanya 5 sen sejam. Aku bawa balik kerumah dan minta Tokwan mengajarku. Dia sandarkan basikal kecil itu dibatang pokok cengkih didepan rumahku. Tokwan suruh aku naik, sambil dia memeggang belakang pelana basikal dan suruh aku letakkan punggungku diatas pelana itu dan kedua-dua kaki keatas penggayuhnya. Sambil memeggang belakang basikal, Tokwan kata “hoh!. Gatih”. Gatih  dalam bahasa kelantan ialah kayuh. Aku pon tanpa berfikir panjang terus menekan mengayuhnya dengan kedua belah kakiku. Tokwan telepas basikal itu, tak sempat menahannya, lalu basikal itu pon meloncur laju ke depan. 


Tokwanku tergamam seketika dan aku dengan basikalku meluncur laju terus masuk kecelah-celah batang pisang tak jauh dari situ.Aku tersangkut bersama basikal dicelah-celah pokok pisang dan menangis kesakitan. Nasib baik tidak ada gigi yang patah. Hanya tercalar disiku dan luka-luka dilutut. Semenjak itu kelas belajar basikal tergendala seketika.


Kampungku

Kampung ku


Apabila disebut kampung, mungkin ramai yang terbayang suatu tempat yang terpencil, jauh di kawasan pendalaman. Dipenuhi dengan rumah-rumah beratap nipah atau rambia, berdinding buluh yang usang dan pokok kelapa melambai-lambai di tepi sawah padi yang terbentang luas, sayup-sayup mata memandang. Disitu juga terdapat semak samun di kebun getah yang menghijau. 


Tidak ada lampu jalan. Jauh sekali ada tempat hiburan. Kampungku terletak hanya lebih kurang 2 batu dari pusat bandar Kota Bharu. Walau pon dipanggil kampung ia mempunyai ciri-ciri sebuah pekan kecil. Kampung  ini telah wujud beratus-ratus yang lalu. Mungkin semenjak tahun 1411 atau sebelumnya. 


Suasana kampung


Ciri-ciri suasana kampung saperti sawah padi, kebun getah, pokok kelapa, kebun buah-buahan memang terdapat disini tetapi dari segi  kemudahan-kemudahan yang terdapat disini  saperti  Sekolah, Masjid, kedai kopi,  kedai runcit, kedai jual basikal, kedai menjual motorsikal, kedai rambut, kedai perabut kayu dan berbagai lagi ada disini. Malah berhampiran dengan sekolah juga terdapat sebuah kilang Wong Vote sawmill yang agak besar.


Yang paling istimewa ialah terdapat sebuah Wakaf dihujung kampung kami, yang menjual makanan sarapan pagi saperti nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk dll. Disitulah tempat aku beratur untuk membeli nasi kerabu kegemaranku. 


Harga sebungkus nasi hanya 10 sen


Dengan hanya 10 sen aku dapat sebungkus nasi kerabu yang sangat sedap dan mengenyangkan. Aku selalu beritahu mak mah, penjual nasi kerabu itu, bahawa nasi kerabunya sangat  sedap, terutama tumisnya yang pekat dan pedas. Aku minta dia bubuh kuah tumis lebih-lebih sedikit. Kadang-kadang aku berkongsi dengan ibu. Kalau tak cukup, kami tambah sedikit nasi ‘dingin’ kedalamnya. Nasi dingin adalah nasi yang lebih semalam atau “left over rice”.  Oooh! sedap nya! menjilat jari.




Makam diraja


Dikampungku juga terletak sebuah kawasan tanah perkuburan keluarga diraja yang dikenali sebagai Makam diraja Langgar. Makan ini dibina sekitar tahun 1870an. Mengikut sejarah Sultan yang pertama disemadikan disitu ialah Long Senik yang bergelar Sultan Muhamad II, mangkat pada  tahun 1886. 


Kawasan yang berbumbung, khas untuk keluarga diraja sahaja. Kawasan kelilingnya yang tidak berbumbung , dikhaskan  kepada keluarga atau kerabat-kerabat diraja sahaja. Orang ramai yang berminat dikuburkan disitu,  harus meminta kebenaran dari pihak Istana. Tokwan ku juga disemadikan disitu. 


Baginda Sultan atau kerabat-kerabat diraja berangkat menziarah Makam ini setiap pagi Jumaat. Baginda akan memberi sedekah kepada orang ramai, terutama kanak-kanak disitu. 


Perarakan semasa kemangkatan sultan


Kalau ada kemangkatan raja-raja, orang kampung akan keluar beramai-ramai untuk melihat perarakan yang berwarna warni dan penuh adat istiadat itu. Semasa kemangkatan Sultan Ibrahim dalam bulan Julai 1960 aku dan ibuku pon ikut serta berhimpun ditepi kiri kanan jalan, untuk menyaksikan perarakan Jenazah Almarhum yang penuh istiadat permakaman diraja .



Jenazahnya dibawa dengan kenderaan bermotor. Kenderaan berjalan perlahan-lahan bagi membolehkan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir kepada baginda. Kenderaan itu diiringi oleh pasukan beruniform puteh, bersongkok dan bersamping hitam. Pentas pengusung bertingkat-tingkat itu ditutup dengan kain satin berwarna kuning berlapis-lapis serta bunga-bungaan yang beranika jenis bertaburan ditengah-tangah dan bergantung dan terurai ditepinya.  Payung-payung berwarna kuning besar dan lebar juga dikembangkan. Mereka berjalan tertib penuh adat istiadat keluarga diraja. Kami berdiri ramai-ramai dibawah pokok atau dikiri kanan jalan, menyaksikan perarakan sehingga  selesai.


Kubur-kubur lain


Selain dari kubur diraja, dihadapan kubur diraja, terdapat juga tanah perkuburan orang ramai yang disemadikan disitu. Aku masih ingat, pada suatu hari seorang Perajurit tanah air yang mati terkorban semasa berjuang, juga dikuburkan disitu. Tanah perkuburan itu terletak tidak jauh dari rumahku. Mengikut cerita ibuku, oleh kerana mayatnya terlalu uzur untuk dibawa balik kekampungnya. Jenazahnya terpaksa dikebumikan, disitu dengan penuh adat istiadat tentera. 

Selepas itu aku sangat takut lalu disitu. Aku tidak akan melintas tanah perkuburan itu bersendirian, kecuali bertemankan  ibu atau kawan-kawan.


Dimasa-masa tertentu, ramai kanak-kanak kampung berkumpul dikawasan tanah perkuburan tersebut. Lazimnya sewaktu pagi Jumaat apabila keluarga diraja akan ‘naik’  ke makam tersebut untuk berziarah kubur kaum keluarga masing-masing. Kanak-kanak akan diminta beratur sebelum wang dibahagi-bahagikan. 


Disebelah kanannya kubur ini , terdapat sebuah lagi kubur yang agak baru, dikenali sebagai Kubur Tengku Maharani.

 

Masjid Langgar. 


Masjid ini telah melalui banyak pengubahsuaian. Di masjid inilah tempat aku dan kawan-kawan mengaji Quran dulu.


Masa dulu ia hanya sebuah surau. Disinilah banyak memori tersimpan dikotak mindaku. Kami selalu datang awal, tapi bukan untuk mula mengaji tetapi hanya untuk ‘mengechok’ tempat duduk. Siapa yang meletakkan rehalnya ditempat duduk paling depan akan dipanggil dulu. Kami selalu berebut tempat itu. 


Didinding rendah setinggi kira-kira sekaki setengah dari lantai masjid sangat selesa untuk bersandar sambil menunggu giliran.  Tok Guru kami bernama Nik Abu Bakar yang kami panggil, Pak Cik Kar, tinggal dibelakang surau sahaja. Dia juga keluarga nenekku. 


Kalau Pakcikkar datang lambat, kami akan bermain dikawasan berdekatan dulu. Kami mengutip buah geduk-gedek (mata kucing), yang ditanam ditepi jalan berhampiran tanah perkuburan. Kadang-kadang kami pergi lebih jauh kedalam kampung untuk mengutip buah keranji.


Kadang-kadang kami terleka bermain, sehingga Pak Cik Kar naik marah.Di hemtam rotan penunjuknya, diatas lantai kuat-kuat. Kecut perut kami dibuatnya.


Penduduk asal kampung Langgar


Boleh dikatakan 99% dari penduduk kampung langgar ini adalah terdiri dari keluarga yang bernama Nik. Bermula dari kawasan dibelakang surau Langgar itu hingga ke jalan Pasir puteh itu semuanya terdiri dari keluarga yang sama. Mereka ini merupakan tuan tanah asal kampung ini. 


Boleh dikatakan keseluruhan kampung ini dikiri dan kanan jalan Pasir Puteh itu dikuasai oleh keluarga ini. Mungkin kerana mereka berkahwin dengan kaum keluarga sendiri maka mereka tetap tinggal disitu.


Masa dulu kampung Langgar ini meliputi kawasan yang agak luas. Bersempadan dengan Jalan Kubur Maras disebelah kiri, terus ke Masjid Langgar terus hingga kehujung Jalan Dusun Muda. Masa dulu dihujun jalan ini, terletak sebuah wakaf, atau tempat orang ramai tumpang berteduh sementara menunggu hujan teduh atau dari panas matahari. Ia juga merupakan tempat orang ramai, terutamanya penduduk kampung membeli sarapan pagi.


Manakala disebelah kanan, bermula dari kampung kesinar dua (sekarang Telipot) membawa kejalan Pasir Puteh, semuanya dikuasai oleh keluarga Nik juga. Hanya sebahagian kecil sahaja dikuasai oleh keluarga Tengku. Antaranya ialah keluarga Tengku Ahmad Panglima dan Tengku Pekerma. Aku pernah satu sekolah dengan salah seorang cucu Tengku Ahmad Panglima semasa bersekolah disekolah Melayu Langgar yang bernama Tengku Christina atau Kutas dan adiknya Tengku Mat. Bondanya bernama Tengku Kamariah, (kalau tak salah ingatan ku). 


Selain dari itu terdapat 2 buah rumah besar kepunyaan keluarga Merican,yang lainya adalah dikuasai oleh keluarga Nik. 


Dari jalan Telipot berhadapan Sekolah Sultan Ismail college (SIC) hingga kejalan Pasir Puteh semua nya anak beranak dan kaum keluarga ku. Setahu ku, tak sampai 10 buah rumah kepunyaan orang lain.  


Aku selalu menggunakan jalan itu, untuk kerumah saudara maraku disitu. Rumah emak sepupuku tinggal dengan kedua ibu bapanya, disebuah rumah besar dijalan Teliput. Ada banyak pokok rambutan, jambu dan limau. Disitulah tempat aku bergayut petang-petang,kerana aku gemar memakan buah-buahan yang lebat dan enak rasanya disitu. Rambutan Jenis Che Embung, kulitnya berwarna merah,isinya tebal dan sangat sedap,Rambutan gula batu pula berkulit warna kuning,  isinya tersangat manis. Buah-buah limau pon besar-besar bergayut-gayut didahan dan manis rasanya. Setiap ulas ku cicah dengan kicap dan gula. Kadang-kadang dah maghrib pon ku aku masih bergayut diatas pokok-pokok disitu.


Aku sangat rapat dengan emak sepupuku kerana kami pergi satu sekolah,iaitu Zainab English school.  Namanya Nik Azizah binti Nik Salleh.


Dihadapan rumah ku ialah rumah kawan baikku. Cik Yah (Noriah namanya). Di tinggal bersama neneknya Moknab. Disebelah rumah Noriah adalah adik neneknya yang kami panggil  Mak Yam. Dia berniaga sirih diatas pasar besar Kota Bharu. Manakala disebelah rumah itu adalah sederet rumah gudang kayu dua tingkat kepunyaan bapa saudaraku, NikAbdul Majid bin Wan Mohd.Tahir. Dia kemudian menjadi bapa mertuaku.


Dia dan keluarganya tinggal  di salah sebuah rumah kedai  tersebut. Dia sendiri berniaga secara kecil-kecilan juga. Sementara 7 pintu lagi disewakan. Aku masih ingat 2 darinya disewa kepada orang Melayu, iaitu kedai runcit Che Zaharah dan Kedai perabut Pak Lah. Aku juga suka kekedai rambut Mek Wee. Selain dari itu ada juga kedai besi, kedai dobi dan lain-lain. Sewa pada ketika itu bukannya mahal.Hanya rm30 sebulan sahaja.


Selain dari itu terdapat juga satu deret rumah kedai lagi. Ini kepunyaan keluarga terdekat ku juga. Dibelakang kedai-kedai ini pula tempat kediaman ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku. 

Dibelakang rumah mereka juga terdapat tanah-tanah getah, tanah padi dan kebun buah-buahan kepunyaan mereka juga. Aku sering menggunakan kawasan ini sebagai laluan biasa apabila hendak pergi ketanah kebun getah nenek. Aku diburu ketakutan yang amat sangat kerana di salak oleh 2 ekor anjing  peliharaan Seorang keluarga Cina, Chai Hing namanya.   Aku juga takut kepada bunyi daun getah itu sendiri yang mengeluarkan bunyi ‘debab debub’ bila aku berjalan atau memijaknya. Bulu roma aku naik dan aku akan berjalan lebih cepat.Tetapi lagi cepat aku berjalan lagi kuat pula bunyinya.


Disebelah tanah-tanah ini pula terdapat rumah-rumah saudara mara dan adik beradik nenekku sebelah bapa dan sebelah ibu. Terdapat beberapa deretan rumah kedai dikiri kanan jalan berhampiran rumahku. Semuanya kepunyaan keluarga terdekat nenekku. Penyewa mereka kebanyakannya peniaga Cina. 


Seingatku kebanyakan rumah kedai yang ada disitu semuanya disewakan kepada peniaga Cina. Cuma ada 2 kedai sahaja yang disewa oleh orang Melayu. Malah di sebelah wakaf juga terdapat sebuah rumah kedai dua tingkat yang didiami oleh keluarga terdekat nenekku, Namanya Nik Omar dan isteri Nik Esah. Kami semua memanggil Paksu Mar. Dia juga peniaga barang-barang runcit. Tetapi rumah itu kepunyaan sendiri.  Dia juga berniaga barang-barang runcit. Dua daripada anak mereka, Nik Rokiah dan Nik Khatimah bersekolah dengan aku.