Friday, June 30, 2017

Hari ini Hari Raya yang ke 7, tahun 2017. Teringat pula kepada arwah ibuku yang telah kembali keRahmatullah lebih dari 30 tahun yang lalu. Arwah sangat suka memasak dan masakannya semua mudah tetapi sedap. Salah satu resipi kegemarannya semasa Hari Raya ialah Kuzi kambing/ayam. Sempena Hair Raya ini diperturunkan resipi kami turun temurun agasr agar tidak hilangditelan zaman.

Resipi Kuzi ayam/kambing

Bahan A (perlu dibasuh, goreng sebelum dikisar halus)

1 s.t jintan puteh
1 s.t jintan manis
1 s.t lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga (buang kulit ambil bijinya sahaja)
1 kuntum caber
2 kuntum bunga lawang

Bahan B (bahan pemerap sebelum digoreng separuh masak)

800 gm (1 ekor ayam/1 kilo daging kambing)
sedikit safron
2 ulas bawabg puteh
1 s.b garam
Minyak sapi untuk menggoreng

Bahan C (di goreng)

150 gm bawang besar (ditumbuk selepas di goreng)
20gm badam kepingan
1/2 cawan kacang tanah
1/2 cawan kismis
1 ketul hati ayam - (direbus terlebih dahulu).


Bahan D (digaul dalam satu bekas)

3 hiris lengkuas      )
2 hiris halia            )
2 ulas bawang puteh)
1 batang serai  )    
1 biji limau nipis
200 ml susu sejat
sedikit safron
1/2 cawan sos tomato
700 ml air
11/2 sudu garam
1 s.t gula

Cara membuatnya

1. Ayam dipotong kecil-kecil dan diperap kedalam Bahan B. lk 1 jam.
2. Goreng didalam minyak sapi sehingga separuh masak
3. Direbus  dan diangkat setelah masak. Letakkan sebelah.
4. Didalam periok yang lain, tumis bahan A
5.Masukkan air kedalamnya.Apabila telah mendidih airnya masukkan ayam.
6. Sementara itu sediakan bahan D
dalam periuk yang lain, tumis halia,bawang puteh, lengkuas dan serai yang telah ditumbuk halus. Apabila telah naik minyak
7.Campurkan bahan D yang lain dan gaul supaya sebati.
8.Masukkan Bahan C yang telah dicampur
9. Akhir sekali  campur semua bahan-bahan C &D curahkan kedalam  ayam yang telah direbus tadi. Rasalah gula dan garamnya. kalau perlu masukkan sesenduk susu manis kedalamnya.








No comments: