Tidak dapat disangkal lagi bahawa, bimbingan dan kasih sayang ibubapa terhadap anak-anak adalah tunggak kejayaan mereka. Ibubapa yang memberi kasih sayang yang tinggi kepada anak-anak akan dibalas Allah dengan ganjaran yang setimpal dengan usahanya. Jangan sekal-kali dilupakan bahawa anak-anak itu adalah Amanah dan anugrerah Allah yang maha berharga diatas dunia ini untuk kedua orang tuanya.
Untuk berjaya bukan sesuatu yang mudah.
Anak-anak yang berjaya bukan suatu kebetulan.Ia amat bergantung kepada asuhan, bimbingan dan perancangan dari kedua ibubapanya atau penjaganya. Kasih sayang sahaja tidak menjanjikan anak-anak akan berjaya. Begitu juga kebebasan yang keterlaluan juga tidak membawa kebaikan kepada anak-anak.
Telah terbukti bahawa, hanya anak-anak yang mendapat kasih sayang,bimbingan dan tunjukajar yang sewajarnya sahaja akan lebih berjaya hidupnya dari anak-anak yang membesar tanpa belaian kasih sayang dari pejaganya.
Jika ibubapa sendiri tidak mampu untuk memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka sendiri, maka adalah lebih baik anak itu diserahkan sahaja kepada orang lain yang lebih berminat, demi masa depan anak-anak itu.
Ibubapa juga harus bijak untuk memenagi hati anak-anak agar mereka mudah patuh kepada ajaran dan teguran orang tuanya.
Wang ringgit yang banyak tidak menjanjikan kejayaan kepada anak-anak.
Menyediakan kemewahan tanpa disusuli dengan bimbingan dan didikan serta kasih sayang yang bersesuai dangan perkembangan emosi dan fisikal kanak-kanak. tidak akan menghasil anak-anak yang berjaya dan cemerlanga dalam hidup mereka. Malahan anak-anak ini akan membesar dengan keangkuhan dan kesombongan yang melampau-lampau.
Pepatah orang tua-tua sering mengingatkan kita supaya ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ amat tepat sekali. Tidak guna kita berleter dan memarahi mereka apabila mereka telah besar panjang. Tunjukkan kepada anak-anak teladan yang baik supaya anak-anak tahu menilai keburukan atau kebaikan sesuatu perkara. Jika ibu bapa mempunyai harta yang banyak atau kaya raya, tidak seharusnya anak-anak dibesarkan dengan kemewahan yang berlebih-lebihan kerana si anak tidak akan dapat menghargai nilai wang ringgit tersebut.
Anak-anak yang telah terbiasa dengan kemewahan dan tidak akan tahu bagaimana hendak menghargainya.
Sebaliknya jika ibubapa miskin atau kurang dari segi kewangan juga, tidak sepatutnya membesarkan anak-anak dengan kesedihan kerana kekurangan pada keluarganya, mungkin akan menyebabkan anak-anak membesar dengan rasa rendah diri dan takut hendak berdepan dengan orang-orang yang dikira lebih tinggi kedudukan kewangan dari dirinya. Ini juga tidak baik buat anak-anak. Mereka harus diberi peluang berkembang minda dan fikirannya dengan terbuka dan berani mengeluarkan pendapat dan buah fikiran masing-masing.
Ibu bapa sapatutnya memberi ruang kepada anak-anak untuk menyatakan sesuatu kepada kedua orang tuanya tanpa terlalu dikungkung oleh pegangan adat atau budaya orang tuanya.
Anak-anak harus diberi yang terbaik dari yang terbaik. Jikalau ibubapa susah, jangan dibebani anak-anak dengan kesusahan keluarga. Anak-anak yang dibebani dengan kesusahan keluarga akan menjadi murung, runsing dan lemah.
Anak-anak perlukan kasih sayang
Anak-anak sentiasa memerlukan kasih sayang yang berbentuk fisikal seperti sentuhan dan dakapan mesra dan kata-kata perangsang, nasihat dan dorongan yang sesuai untuk membuatkan rasa dihargai oleh ibubapa dan orang sekelilingnya.
Apabila kita membicarakan tentang penghargaan, ia bererti anak-anak perlu diberi pujian jika mereka melakukan sesuatu yang baik walau sekecil mana pun. Contohnya ibubapa tidak harus malu atau segan untuk melahirkan kasih sayang seperti memberikan ciuman sayang dipipinya atau memeggang bahu atau tangan anak-anak sebaik sahaja mereka melakukkan sesuatu yang baik, misalnya selepas mereka selesai membuat kerja rumah, selesai bersolat atau selesai melunaskan tugasan sekolah dan seumpamanya.
Satu perkara lagi yang biasa kita lihat ialah ibubapa tidak berminat dengan kegiatan anak-anak. Mereka tidak memberi galakan yang sepatutnya kepada minat anak-anak. Jarang sekali kita bertemu dengan ibubapa yang menunjukkan sokongan kepada apa yang digemari anak-anak, apalagi untuk meluangkan masa bersama anak-anak bermain atau duduk bersama anak-anak semasa mereka sedang belajar atau membuat tugasan sekolah .
Sepatutnya ibubapa memberikan masa yang secukupnya untuk melihat buku rekod pencapaian anak-anak. Ambil masa untuk berbincang tentang kelemahan anak-anak dan cuba mencari penyelesaiannya.
Ibubapa mesti menunjuk bahawa mereka menyokong apa yang digemari oleh anak-anak. Jangan membiarkan anak-anak membuat keputusan sendiri dalam hal-hal yang rumit, atas alasan memberi hak dan kebebasan kepada anak-anak, sehingga kita telah betul-betul mengenali dan memahami perasaan anak-anak.
Ajak mereka berbincang dan beri mereka peluang mengeluarkan pendapat sebelum mereka membuat sebarang keputusan. Jangan perkecilkan pendapat mereka. Beri peluang yang secukupnya untuk mereka berfikir dan menerangkan sesuatu keputusan yang mereka buat. Setelah mendengar barulah ibubapa beri cadangan atau nasihat dengan lembut dan berbicaralah dari hati kehati.
Punca kegagalan anak-anak
Ramai ibubapa memberi penafsiran yang salah keatas tindak tanduk anak-anak semata-mata atas dasar mereka‘lebih dulu makan garam’dari anak-anak mereka. Itu pendapat lama yang harus dikikis dalam masyarakat Melayu yang terlalu mementingkan ‘adat’ dari ‘peredaran masa’
Ibubapa harus sedar bahawa cara anak-anak kita berfikir adalah amat berbeza dengan cara orang dewasa berfikir. Anak-anak sekarang terutamanya, yang berumur dalam lingkungan belasan tahun sedang berada didalam suatu keadaan yang amat mengelirukan. Mereka sedang mengalami perubahan fisikal yang membimbangkan dan kadangkalanya menakutkan.
Mereka dikejutkan dengan darah haid, pertumbuhan bulu dan perubahan bentuk badan yang ketara. Mereka tidak dapat membezakan antara khayalan, emosi dan reality kehidupan.
Kebanyakan ibubapa tidak menyiapkan diri anak-anak untuk menerima hakikat ini dengan alasan segan atau malu kerana terlalu peribadi. Inilah salah orang kita, walhal ugama Islam sendiri telah membincangkannya dengan terang, jelas dan terbuka melalui ayat-ayat al-Qurannya.
Masa sudah berubah, begitu juga cara penjagaan anak-anak juga harus berubah sesuai dengan peredaran zaman. Jangan terlalu memaksa anak-anak kita untuk hidup di zaman yang pernak kita lalui dahulu.
Jangan samakan zaman sains dan teknologi dengan zaman kereta lembu atau zaman pra-merdeka dulu.
Sekarang anak-anak kita sudah terdedah kepada berbagai teknologi canggih ciptaan barat yang harus kita terima. Ini adalah hakikat. Dunia semakin sempit. Sempadan daerah hanya untuk pentadbiran dan politik semata-mata.
Samada kita sedar atau tidak, pengaruh yang datang dari kecanggihan Teknologi Satelit, perkembangan yang begitu cepat dalam bidang IT (Teknologi maklumat) memaksa kita menerima hakikat bahawa maklumat yang masuk diruang ruang tamu rumah itu akan membawa perubahan kedalam kehidupan kita dan anak-anak kita.
Namun begitu tidak ramai ibubapa yang menggunakan kemudahan dan kecanggihan teknologi maklumat untuk kebaikan anak-anak,malahan ramai ibubapa menggunakannya untuk memudahkan tugas mereka terhadap anak-anak.
Mereka seolah-olah menyerahkan tugas menjaga anak-anak kepada media-media electronic seperti computer dan telivision untuk mendidik dan menjaga anak-anak dirumah, sementara mereka sendiri keluar bekerja.
Pengalaman dengan anak-anak remaja (Juvana)
Semasa berkhidmat sebagai penasihat Mahkamah Juvana, di Kota Bharu dan Kuala Lumpur melebihi sepuluh tahun, saya telah bertemu dengan berbagai kerenah anak-anak.
Saya juga berpengalaman menjadi ahli lembaga pelawat Sekolah Tunas Bakti di Sungai Besi selama hampir 20 tahun. Saya dapati ramai anak-anak yang tercicir dari alam persekolahan akibat tiada pengawasan yang cukup dari pihak ibubapa.
Mereka menyalahkan ibubapa yang selalu meniggalkan mereka sendirian manakala ibubapa sibuk bekerja.
Pendedahan kepada Teknologi maklumat
Kita telah didedahkan dengan berbagai kemudahan untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan berkesan membuatkan kita lupa kepada tugas asas kita kepada keluarga dan masyarakat.
Menggunakan teknologi Maklumat untuk mendekatkakn diri dengan anak-anak.
Sepatutnya ibubapa lebih komitted terhadap kemajuan anak-anak walaupun mereka terpaksa keluar mencari nafkah. Untuk apakah nafkah yang mereka cari kalau tidak untuk kebahagiaan anak-anak?
50 tahun adalah satu jangka masa yang lama. Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan, banyak perubahan telah berlaku dan dilalui oleh orang-orang kita.
Anak-anak kita tidak lagi terperusuk dikampung. Mereka tidak lagi duduk dibawah tempurung. Minda mereka sudah terbuka luas. Pandangan mereka juga telah menjangkau jauh. Amerika Syarikat, London, Paris, Tokyo dll. Ibu Kota dunia maju kini meniti dibibir mereka.
Bukan itu sahaja, malahan kemajuan telah membolehkan mereka pergi kemana sahaja yang mereka ingini.Mereka sudah terdedah!terdedah! dan terdedah kepada berbagai elemen yang diluar kawalan budaya dan adat ethnic yang sempit.
Peranan ibubapa
Sebelum British menjajah tanah Melayu, negeri ini sentiasa berada dibawah kuasa besar yang langsung tidak menjaga kebajikan penduduknya. Mereka lebih pentingkan jalinan persahabatan dengan orang-orang yang berkuasa saperti Sultan-Sultan dan pemerintah yang berkuasa.
Manakala penduduk yang tinggal dikampung-kampung terus terbiar dan tiada pembelaan.
Jika ada segelintir penduduk yang berani mempersoalkan apa-apa tindakan mereka, mereka akan segera dihukum atau dibunuh dan mayatnya diseret keliling kota dan kampong untuk menakutkan orang ramai agar tidak membantah perbuatan mereka. Kita tidak mudah lupa kepada keberanian ‘Tok Janggut’ yang diseksa dan dihukum oleh pihak British?
Suara orang Melayu hanya mula didengar apabila orang-orang melayu bersatu menentang penjajahan apabila pihak British dengan terang-terang cuba menipu raja-raja Melayu .
Keberanian dan kelantangan orang Melayu menentang tipu helah mereka akhirnya membawa tuah kepada tanah Melayu. Pada 31 Ogos l957 Malaya mencapai kemerdekaan.
Masa dulu tidak ramai orang terpelajar. Mereka yang dianggap terpelajar adalah mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran keluar Negara. Pada masa itu tidak ramai yang berpelung melanjutkan pelajaran kecuali orang-orang dari kalangan berada dan mempunyai kedudukan dalam kerajaan.
Tidak dinafikan ada beberapa kerat orang Melayu yang berpeluang keluar negeri. Tapi bilangannya boleh dikira dengan jari.
Berbeza dengan sekarang, boleh dikatakan semua berpeluang mencari ilmu, dinegeri sendiri atau diluar Negara.
DiMalaysia sahaja saya difahamkan ada lebih dari 30 buah pusat-pusat pengajian tinggi (termasuk awam dan swasta).
Ini bererti masyarakat kita hari ini adalah terdiri dari golongan terpelajar dan berjawatan tinggi.
Mereka semuanya sibuk dengan tugas masing-masing hingga terpaksa mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik anak-anak.
Oleh kerana kesibukan ibubapa, anak-anak terpaksa diserahkan kepada pembantu rumah atau di pusat-pusat jagaan kanak-kanak saperti rumah asuhan kanak-kanak.
Anak-anak ini hanya berpeluang bermesra dengan ibubapa lebih kurang sejam atau dua jam sehari atau ada juga yang tidak berpeluang langsung kerana ibubapa sudah keletihan apabila balik dari kerja. Inilah punca sebenar kenapa anak-anak sekarang mencari kepuasan diluar rumah dan berkawan dengan kawan-kawan yang senasib dengan mereka. Dalam bahasa Sosiologi anak-anak ini dipanggil ‘latchkey children’. Ini adalah satu fenomena yang amat mengharubirukan.
Masa depan anak-anak ini amat meragukan.
Sudah ramai anak-anak yang saya temui yang tinggal di Condominium mewah terdiri dari anak-anak saperti ini. Mereka hanya dibekalkan dengan wang oleh ibubapa mereka yang memeggang jawatan tinggi.
Anak-anak ini bebas kesana kemari tanpa kawalan dari ibubapa dari pagi hingga kepetang. Mereka makan dikantin atau direstoran pilihan mereka. Bermain dikawasan condominiums sambil menunggu kepulangan ibubapa mereka. Saya bimbang kalau anak-anak ini tersalah langkah dan menceburi aktibiti-aktibiti yang tidak baik. Kerana tiada siapa yang menjaga kebajikan mereka selepas mereka pulang dari sekolah.
Andainya anak-anak ini terjerumus kedalam kancah jenayah siapakah lagi yang akan persalahkan kecuali ibubapa sendiri.
Yang paling membimbangkan ialah anak-anak ini banyak menghabiskan masa menonton TV atau melayari internet .Ilmu yang mereka perolehi dari kedua-kedua sumber ini amat meragukan. Terutama tanpa pengawalan dari orang dewasa.
Alam persekolahan juga masa kini juga telah menjadikan mereka cepat dewasa dari segi pemikiran, perbuatan, pergaulan, pakaian, pemakanan dan lain-lain.
Kejayaan perenang Negara, Nurulhuda Abdullah misalnya adalah hasil ketekunan dan commitment yang tidak berbelah bagi dari ibunya. Begitu juga kejayaan anak-anak Dato’ Haji Sidek membimbing anak-anaknya dalam kejohanan Badminton begitu ketara.
Nicole David adalah hasil usaha ibunya.Kejayaan ShalinZulkifli juga hasil usaha gigih keluarganya.
Rokok punca dadah
Gejala dadah telah lama menjadi isu sosial yang mencengkam kehidupan anak-anak muda Malayu sekian lama. Namun ramai yang tidak sedar betapa susah mereka ini hendak keluar setelah terjerumus kedalamnya. Walaupun pada hakikatnya mereka ingin keluar. Keadaan keliling menjadikan perkara ini begitu susah dan menyiksakan.
Dari pengalaman saya, selama berbelas-belas tahun dalam kerja-kerja sukarela , saya tahu 99% dari penagih dadah ini bermula dari menghisap rokok. Dari situ mereka maju tapak demi tapak, dari ingin mencuba sesuatu yang baru, kepada pengagihan yang berterusan.
Dadah tidak mengenal asal keturunan. Kerabat diraja, anak pegawai Polis, anak Datuk, Tan Sri dan lain-lain. Lagi banyak wang, lagi tinggi keupayaan mereka membeli najis dadah itu. Setiap hari mereka terpaksa membelanjakan paling kurang RM35.00.
Bagi golongan berada tentulah lebih tinggi. Bagi yang tidak berada mereka terpaksa mencarinya dimana sahaja.
Mereka ini akan melakukan berbagai kegiatan jenayah. Mula-mula mereka akan mencuri wang dari rumah sendiri. Dari ibu,bapa, nenek dan sebagainya. Kemudian beralih kerumah jiran, Dari mencuri basikal, mereka menjadi pencuri motorsikal. Begitulah seterusnya.
Dari seorang yang baik, mereka menjadi lebih ganas apabila ‘gian’ mereka tidak dapat dipenuhi. Mereka tidak lagi mengenal masa dan tempat. Dilorong gelap, ditempat cerah tidak lagi menjadi halangan bagi mereka melakukan kegiatan jenayah.
Mereka menjadi peragut, perompak, penyamun dan kadang-kadang menjadi pembunuh ibubapa dan isteri sendiri.
Cara mengatasinya
Peranan ibubapa dan keluarga
Peranan sekolah
Peranan Masjid
Peranan kerajaan
Peranan ibubapa dan keluarga
Ibubapa dan keluarga memainkan peranan yang paling penting dalam hal ini.
Kebanyakan anak-anak yang terjerumus kedalam kancah dadah ini bermula dari pemasaalahan dirumah. Lazimnya anak-anak ini tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya.
Perpecahan dalam keluarga seperti perceraian atau kematian adalah salah satu punca yang mengakibatkan anak-anak ini mengalami ‘trauma’ dalam hidup mereka.
Anak-anak juga mahu dipuji dan diberi dorongan dan nasihat, setiap waktu. Ibubapa lah yang memilih kawan-kawan bagi anak-anak mereka. Ibubapa harus mengenali kawan-kawan mereka. Ambil tahu latar belakang keluarga kawan-kawan mereka.
Mendidik anak-anak bukan perkara mudah, terutama apabila mereka memulakan alam persekolahan. Mungkin semasa disekolah rendah mereka ini belum pandai keluar rumah sendiri-sendiri, tetapi sebaik sahaja mereka ini pandai keluar rumah , ibubapa harus terus mengawas gerak geri mereka.
Ramai ibubapa yang memikirkan bahawa sebaik sahaja anak-anak mereka dihantar kesekolah , maka tamatlah tanggung jawab mereka. Ini sebenarnya adalah satu tanggapan yang amat salah.
Tidak bererti jika kedua ibubapa bekerja mereka harus mengabaikan anak-anak mereka. Mereka harus bertanggungjawab sepenuhnya kepada anak-anak. Ada juga setengah ibu bapa mengunci anak-anak mereka dirumah.Anak-anak tidak boleh dipenjara, dan juga tidak boleh dibiarkan terlalu bebas.
Tugas membesarkan anak-anak tidak terhenti apabila ia bercerai susu. Bercakap dan membelai mereka hendaklah diteruskan sehingga mereka betul-betul faham selok belok dunia yang penuh dengan pancaroba ini.
Sebelum anak-anak tidur, bercakaplah dengan mereka. Apabila mereka bangun dari tidur bercakaplah dengan mereka. Semasa makan bercakaplah dengan mereka. Kalau menziarah kaum kelurga bawalah mereka bersama. Tunjukkan cara-cara bersalaman dan menghormati orang tua. Kalau ini dilakukan ‘Insya Allah’ anak-anak akan membesar dengan sempurna.
b.
Peranan Sekolah
Apabila seorang kanak-kanak dimasukkan kesekolah, maka menjadi tanggung jawab pihak sekolah memberi pelajaran yang secukupnya mengikut sukatan pelajaran dan karikulum kegiatan yang telah ditentukan.
Pihak sekolah juga mempunyai peraturan-peraturan disiplin agar anak-anak dapat dibentuk untuk mentaati guru dan menghormati kawan-kawan.
Pihak sekolah juga berperanan mengenal pasti kelemahan , kesukaan atau kecenderongan kanak-kanak. Jika kanak-kanak itu cenderong kepada sukan disinilah tempat bermulanya kegiatan sukan yang disukainya.
Bagitu juga jika anak-anak cenderung kepada sesuatu mata pelajaran, dia harus diberi galakan dan tunjuk ajar agar ia berpeluang mengasah bakatnya dibidang yang diminatinya. Anak-anak yang menunjukka sikap negative harus didekati dan dinasihati.
Hubungan rapat antara sekolah dan ibubapa harus sentiassa dijalin. Ibu bapa harus segera dihubungi jika pihak sekolah mencurigai sesuatu. Jangan dibiarkan sehingga kanak-kanak itu terpaksa mencari jalan penyelesaiannya sendiri. Disinilah peranan guru memainkan peranan yang sangat penting. Kerjasama ini harus diberi perhatian oleh kedua-kedua pihak iaitu guru dan ibu bapa atau penjaga.
Ada juga didapati ibu bapa yang mengambil pendirian seolah-olah peranan mendidik anak-anak sudah tamat sebaik sahaja anak-nya dihantar kesekolah. Mereka seakan-akan memberi ‘kontrak’ penuh kepada sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Ini satu persepsi yang terlalu salah dan harus diubah. Tanggung jawab ibu bapa adalah terus menerus sehinggalah anak-anak mencapai kematangan yang sesuai, sebelum mereka boleh dilepaskan untuk mengharungi onak.dan duri kehidupan yang mencabar ini.
Peranan masjid
Pada dasarnya, orang Melayu adalah seratus peratus berugama Islam. Maka adalah wajar sekali, pihak masjid memikul tanggung jawab bersama memakmurkan anak-anak buahnya dengan memainkan peranan sebagai penasihat dan pembimbing bagi mengatur kegiatan keagamaan yang membangkitkan semangat cinta dan kasih sayang sesama Islam.
Masjid misalnya, boleh mengatur jadual kegiatan saperti kelas Fardu ‘Ain, kelas bahasa Arab, kelas Tajwid, kelas Khasidah, kelas nashid, kelas bacaan rawi, kelas Taranum, kelas bimibingan bacaan Al-Quran dll.
Sekali sekala untuk menggalak anak-anak muda berkumpul dimasjid ialah dengan mengadakan peraduan-peraduan tertentu dengan hadiah-hadiah yang digemari anak-anak muda. Pertandingan-pertandingan ini harus dijadikan kegiatan harian, mingguan , bulanan dan tahunan.
Pertandingan juga boleh diadakan diperingat mukim dan daerah dan harus dikembangkan hingga keperingkat yang lebih tinggi.
Pada hemat saya masjid bukan lah tempat beribadat dan bersembahyang waktu dan sembahyang Jumaat sahaja. Ia patut diperluaskan kegunaannya. Apalah gunanya masjid yang tersergam indah, kalau keguanaannya begitu terhad.
Yang penting ialah cara hendak menarik minat supaya anak-anak ini supaya tidak keluar melepak, bagi melepaskan kebosanan. Kebanyakkan orang-orang muda ini bosan tinggal dirumah. Mereka keluar untuk mencari ketenangan jiwa. Kalau masjid mampu menarik minat mereka, saya rasa tidak mustahil masalah sosial yang melanda Negara kita hari ini tidaklah seburuk sekarang. Yang diperlukan sekarang ialah komitment dan kesungguhan setiap anggota masyarakat untuk sama-sama memikirkan cara terbaik untuk mengurangkan masaalah ini.
d. Peranan Kerajaan
Hentikan segera pengeluran rokok dinegara ini. Kerana rokoklah punca penagihan dadah. Tidak guna dipamirkan larangan merokok disana sini, walhal yang paling jelas ialah rokok membawa banyak padah kepada rakyat negeri ini sendiri. Ia hanya menguntungkan segelintir petani, tetapi yang paling menguntungkan ialah pengeluar rokok.
Dengan adanya peranan buku hijau dan bumi hijau, banyak lagi tanaman lain yang boleh menggantikan rokok sebagai punca pendapatan Negara.
Pada hemat saya kalau ditanam pokok herbal yang lain sebagai penggantinya lebih baik. Saya percaya kerajaan akan dapat menyelamatkan beratus-ratus juta ringgit yang dibelanjakanuntuk pemulihan dadah.
Yang paling penting, kerajaan juga boleh menyelamatkan belia-belia kita dari terus menerus terjerumus kedalam kancah penagihan dadah. Dadah adalah musuh Negara. Belia benci dadah.
Latar belakang Penulis:
Nama: Datin Nik Zaharah binti Nik Din
Kelulusan Akademik: BA(Hon) Universiti Malaya , MS. Corporate Communications UPM.
Peranah menjadi penasihat Mahkamah Juvana,Kuala Lumpur dan Kelantan.
Pernah Berkhidmat lebih dari 20 tahun sebagai ahli lembaga pelawat Sekolah Tunas Bakti, Sungei Besi, Kuala Lumpur.
Bergiat cergas didalam persatuan Ibubapa dan guru dibeberapa buah sekolah di Selangor,Kuala Lumpur dan Kelantan.
Pengerusi MuafakatMaktab Rendah Sain Mara Pengkalan Chepa, Kota Bharu.2001-2003
Monday, February 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment